Sunday, September 29, 2013

PENGKALAN BALAK, MELAKA

Aku check-in kat Seraya Pantai Chalet. Tempatnya betul2 berdepan pantai. Sambil bawa anak2 beriadah, bawa Azierra outing tuk meredakan tekanan tuk menghadapi SPM. Aku amat2 berharap dan berdoa semoga die berjaya dan tenang menghadapi peperiksaan tu nanti. Sambil2 tu berbincang sekali kemana arah tuju dia selepas ini. IPTA atau IPTS. Aku terima apa jua keputusan dia kerna keinginan dan kejayaan  dia akan menentukan kejayaan hidup nya dihari mendatang...
Sambil tu yang kecik2 nie sibuk mandi laut....

Sunday, September 22, 2013

KUALA SELANGOR

Cuti 14 - 16/9/2013 seharusnya aku berada di negeri Terengganu. Tapi dek kekangan masa dan kewangan terpaksa aku lupakan dulu..."Mana nak pergi ekkkkk"? tanya isteriku. Pening gak nak mencari tempat-tempat yang menarik dan yang khususnya untuk menggembirakan anak-anak. Setelah memerah otak 2 hari sebelumnya....akhirnya aku memilih destinasi ke Kuala Selangor. "Apa yang ada kat sana"? "Mana kita nak check-in"? komen isteriku lagi..

"Dun worry, saya dapat sebuah bilik di De Palma Hotel" aku mengurai kekusutan isteriku. Apa yang menarik? Setelah ku google dan mencari secara online....jawapannya adalah swiming pool. Nak tau kenapa? "Babah....kalau nak cari hotel mesti ada swiming pool tau". Itu adalah permintaan anak-anak ku sekiranya nak berholiday ke sesuatu tempat. Waduh......tapi nasib baik dapat De Palma nie yang memenuhi citarasa cerewet anak-anak bulat ku.

Jadi 15 hingga 16/9/13 kami bertolak ke De Palma Hotel Kuala Selangor.....Beberapa aktiviti menyeronokkan dapat aku jalankan bersama putera-putera ku. Menyingkap sejarah pusat pemerintahan awal kerajaan negeri Selangor. Sebaik jer check-in terus jer budak-budak nak terjun ke kolam mandi...."Tak sabar dah nie babah" kata Dani. Yooolah...poie lah tukar baju mandi anak-anakku...... Apo laie...kecoh bilik...

Di sebelah petang aku membawa anak-anak memanjat Bukit Malawati. Tempat kenangan ku bersama keluarga sewaktu kecilku dulu. Seingat aku arwah abah sering membawa kami singgah disini sewaktu perjalanan balik ke KL dari kampung ku Sungai Besar. Dulu banyak tempat yang kami boleh masuk dan banyak artifak yg menarik. Aku zahirkan kenangan itu bersama anak-anak ku....tetapi malangnya banyak perubahan yang telah berlaku. Persekitaran yang kelihatan lesu....Makan DiRaja di kunci dan satu-satunya bangunan yang dapat dilawati adalah Muzium penyimpanan alatan dan salasilah pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Satu saja aktiviti menarik yang dapat dilakukan iaitu beri haiwan makan.......MONYET. "KERAJAAN SELANGOR, APA DAH JADI NGAN BUKIT MALAWATI".

 Di sebelah malamnya pula selesai makan malam, aku bawa anak-anak melihat satu keajaiban ciptaan allah di atas muka bumi ini. Hanya di kategorikan seranggan kecil tetapi dengan kelebihan yang dimiliki oleh serangga ini dapat memikat manusia menyaksikan habitat serangga ini. "KELIP-KELIP" hanya dapat di lihat diwaktu malam sahaja. Bila seranggan ini berkelipan berterbangan dalam kawanan yang banyak akan membentuk satu pemandangan yang indah. Subhannallah.....tempat di Kampung Kuantan.



























Saturday, September 14, 2013

JALAN-JALAN KE ZOO NEGARA

Bawak anak-anak menikmati panorama haiwan dan rimba. Kebetulan tak ramai orang. Tapi sayang hujan menyelangi perjalanan kami.  Tetapi banyak perubahan dan pembinaan dilakukan. Bila diminta pindah ketempat lain....menggangu habitat haiwan tu nanti. Tapi pembinaan besar-besaran dan perubahan landskap Zoo itu sendiri...apa cer????? Siap buat pusat penyelidikan panda kat sebelah pusat orang hutan dan kengkawannya. Manusia.........