Tuesday, May 14, 2013

MOTHER'S DAY 2013

Tahun nie aku bawa intan payung aku sayang dan anak-anak ke Cameron Highland naik anak gajah Dani. Kali nie ibu mertuaku Pn Rusnani turut serta. "Lama tak kesana", katanya. Plan last minute, aku gagau jer. Nasib baik dapat bilik tuk bermalam. Sejuk weiiiiii... Sampai jer terus check-in, Country Lounge Hotel. Hanya beberapa meter dari tapak pasar malam yang sangat terkenal di Cameron Highland, Pasar Malam Pekan Brinchang. Tapi petang tu naik ke Strawberry farm dulu...Pekena aiskrim strawberry dan waffer.  Turun dari ladang strawberry tu baru ke pasar malam. Waktu menunjukkan pukul 5.30 ptg. Jalan sesak dari pelbagai arah. Motosikal, kereta, bas dan lori bersepah parking merata. Lantak korang lar.... pimmmm... ponnnnnnn..... 

Besoknyer ingat nak ke Kee Farm...tapi jalan jam teruk ke arah Simpang Pulai. Almaklum lar bawak anak gajah nie sensitif seket. Kang dalam sesak tu suhu die meningkat... parah. So aku turn balik terus menuju ke satu lagi ladang strawberry berhampiran rumah rehat persekutuan. Memang dua ladang nie jer akan aku lawati jika berkunjung ke Cameron Highland. Menghala turun balik aku bawak keluarga menikmati seteko teh tarik Cameron Highland kat Bharat. Wow!!!....apa la tips diorang tuk mengekalkan rasa teh nie... Sama jer setiap kali meneguk nye....Haaaa...cantik permandangan ladang teh nie. 

Balik aku singgah jap kat rumah adik tuk menemui bonda tersayang, Pn Nazila... SELAMAT HARI IBU..... Rupanya ada hidangan nasi ngan tomyam...Masyukkkkkk...Kenyang perut kami mintak diri cz Mama dpt beri Ezuan jatuh moto. Apa lagi caloooooo... Ada beberapa  keping gambor aku selitkan tuk tatapan. SELAMAT HARI IBU (12/5/2013).