Sunday, April 20, 2014

LANGKAWI 2014

LANGKAWI 2014 (12/4/2014 - 14/4/2014)

Tahun nie aku awal sikit ke Langkawi. Sebab hujung tahun rancang nak ke Pantai Timur pulop.. Travel kali nie dgn kereta. 2 buah kereta cz kali nie disertai oleh mertuaku. Kami mulakan perjalanan awal sikit dek kerana tiket ferry dah tempah awal jam 9.30 pg. Sekarang tiket ferry dah boleh tempah secara online....kan mudah.



12/4/2014 (Sabtu)
-----------------------

Sampai kat jeti Kuala Perlis jam 0730. Parking dan terus sarapan. Chillex sikit cz tiket ferry dah tempah awal online... Sampai jeti Kuah jam 1130 tengah hari. Dapat kereta terus ke tempat penginapan. Kali nie check-in kat "Adina Drive In Motel". Hotel nie menyediakan pelbagai jenis bilik. Oleh kerana kami ramai....aku pilih aparment 3 bilik.... Sampai jer hotel, anak dah menjerit. Kerana apa?? "Babah....ada swimming pool". Alamak...anak-anak ku pantang jumpa swimming pool.




Kami check-in awal dalam pukul 1200 tghhari. Lepas jer check-in terus mengelupor mencari makanan tengah hari. Mamak....or nasi campor. Akhirnya cari nasi campor. Lepas makan bawa anak-anak jalan pusing town. So petang aktiviti renang gaya bebas.




13/4/2014 (Ahad)
----------------------

Hari kedua nie memang aku dah plan awal-awal aktivitinye. Disebelah pagi aku dah booked kan aktiviti MANGROVE. Menyusuri sungai dengan menaiki bot mengunjungi beberapa tempat seperti Gua Kelawar, Ladang Ikan, Gua Buaya, Kawasan Helang Makan dan menghampiri Lautan Andaman dgn melihat suasana lautan membiru nan luas. Indah sungguh ciptaan tuhan. Aku ambil package 2 jam dan aku jangkakan aktiviti selesai dalam jam 1230 tengahhari.




Selesai mengikut jadual tampa sebarang masaalah. Alhamdullillah.... Naik jer kenderaan terus mencari tempat santapan. Aku membawa keluarga menuju ke Tanjung Rhu... Sini ade satu gerai makan kegemaran nenek...."MEE GULUNG". Kedai siam. Semua menu goreng sahaja. Selesai jer Ayang ajak mencabar diri tuk mendaki tangga Telaga Tujuh. Mak aiiiiii.....lepas makan nak mendaki. Anak-anak pantang di cabar....jom demi MAMA....hahahahahahaaaaa. Tapi mama, babah dan Ezuan tak menyertai. Nak ke Makam Mahsuri katanyer. Takpe lar kami jer........ Nak repeat cz lawatan terakhir kami tak mendaki Telaga Tujuh.


Ondek kou....!!!! mencungap nak nyampai kat puncak. Siap mandi lagi budak-budak nie. Tapi sayang air sungai agak kering dek kerana cuaca kering melanda negara. Lihatlah kuasan yer.

Turun dari Telaga Tujuh....terus ke Pasir Hitam. "Ngawah" kata orang minang. Pekena air kelapa muda dan laksa. Anak-anak pekena mee hoon goreng. 

Selesai aku bawak anak-anak pusing ke pekan. Nak shopping sikit. Yaya sibuk mencari kasut. Kat pekan tak jumpa terus ke LADA. Akhirnya jumpa kasut yang dihajati di Al Ehsan. Mak aiii...Rm2++. Patern baru dan baru sampai kata nya. Telan air liur aku. Gambar kat bawah cuma beberapa aksi dari Dani.


Malam nyer tak banyak aktiviti. Bawak anak-anak bersiar di sepanjang Market Malam, Pantai Chenang. Aku mencari seafood. Selesai kami pulang ke bilik dan....ZZZZZZZZZzzzzzzzz.

14/4/2014 (Isnin)
----------------------

Hari terakhir tak banyak aktiviti. Pagi, mencari sarapan dan pas tu layan anak-anak kat pool. "Babah..lain kali kalau kita datang sini kita tinggal kat hotel nie yer..." kata anak-anakku. "Best..bilik besar dan ada swimming pool" tambah mereka. Jawapan ku..."Yer la anak-anak". Tapi yang pasti Langkawi adalah satu tempat kemestianku setiap tahun. Aku pun tak tahu mengapa. Tapi apa yang dapat aku rasakan sewaktu di Langkawi.....peacefull.

Aku ajak anak-anak siap dan check-out awal sikit cz nak shopping sikit candies dan makan tengah hari. Feri balik aku dah tempah awal-awal lagi...online. Mudah.

Alhamdullilah segala aktiviti dan perjalan pergi dan balik kami di permudahkan. In sha allah Langkawi kami akan kembali.