Penang 1/6/2014 to 3/6/2014
Ini kali lah aku bawak ayang dan anak2 ronda-ronda kat negeri chombi. Check-in kat Chorpthorne Orchid, Tanjung Bungah. First day sampai tak banyak aktiviti cz penat. Kami sampai awal sangat dan hotel hanya buleh masuk jam 2.00 ptg.Aduh..mana nak merayap. Akhirnya aku bawak anak2 merayap ke Gurney Drive Mall. Sampai masanya terus kebilik tu mandi manda. Dapat gak ZZzzzz sejam dua. Bangun2 tgh jam dah pukul 6.30 ptg. Apa lagi anak2....Line Clear. Pastu merayap lebih kurang kat pekan Georghtown dan ke Padang Kota Lama.
Pagi hari ke-2 terus ke Bukit Bendera cz abam Daniel dan abam Danish sibuk nak naik tren. Parking memang susah tak ingat. Orang tak lar ramai. Bergambar lar lebeh kurang. Tengah hari turun terus ke Line Clear sekali lagi. Petang aktiviti anak2 di swimming pool. Dapat lar rehat jap..
Malam aku bawak anak2 pekena rojak parsembor. " Sojar....sojar...sojar..." antara bait2 lagu penyedia rojak parsembor tu. Suka anak2. Selesai ayang ajak meronda Pasar Malam di Batu Feringgi. Dalam perjalan balik....anak gajah buat hal. Suhu enjin naik mendadak. Apa lagi...panik melanda kami sekelurga cz terpaksa berhenti di satu kawasan yg agak gelap dan kelam di tepi pantai " SHAMROCK ". Periksa punya periksa...rupa2 nya " T " joint paip air dari enjin ke resevoir tank patah..." PARAH ". Mana nak dapat part dan mekenik tgh2 malam nie.Bertawakal lah...Tambah air dulu melalui tangki radiator dan rehat dalam sejam. Lepas tu cuba jalan perlahan2 balik ke hotel. Nasib baik dari tempat anak gajah nie meragam ke hotel tak jauh...dalam 100 m jer. Suhu enjin pun tak sempat nak naik.
Pagi ke-3 bertungkus lumus mencari bengkel kereta nak cuba cari penyambung T yang patah tu. Luck aku....berhadapan dgn hotel tempat aku check-in jer ada bengkel. Tapi barang kena order cz takde stok kata makenik tu. Sambil aku mencari part kereta...aku biarkan anak2 beriang ria kat swimming pool ditemani ayangku. Akhirnya dapat juga aku men-DIY kan keretaku sendiri. "Boleh jalan ker ?...suhu tak naik lagi ker? Takde effect apa2 ke hal malam tadi ? Perjalanan balik kita nie jauh," ayang aku meluahkan perasaan nye. " In shaa allah, kita tawakal jer. Jam 12.00 tgh hari kami check-out. Anak2 ajak ke Line Clear sekali lagi cz anak2 kata sedap makan kat sana. Dgn perasaan berdebar-debar aku menggerak kan anak gajah ketempat yang diarahkan. Alamak....tiba2 suhu enjin naik lagi mendadak. "Apa lagi ?" kata hati ku. Sempat aku memberhentikan anak gajah di sebuah Petronas. Cuba tel chief pomen kat KL. " Adussss enjin baru tu " kata chief. Nak buat cam mana. So cheif suruh bawak perlahan2 anak gajah tu balik ke KL. Kalau tak berjaya call balik kita tow jer dari lokasi terakhir.
Tapi aku tak berputus asa. Aku angkat bonet depan dan cuba check balik sambungan yang aku tukar tadi.."Tak bocor pong" kata hatiku. Bukak penutup minyak enjin kat atas enjin...ok jer tak de teh tarik..(istilah air bercampur minyak enjin yang dapat kelihatan kat permukaan penutup minyak enjin tu). Akhirnya...bila tekan hos besar air dari radiator ke enjin.....kosong. Baru aku teringat... Waktu aku tambah air tadi rupanya kereta dalam kedudukan 'MENONGGENG'. "Bodoh" kata hatiku. Rupanya air tak cukup cz penuh dalam radiator saja. Tak sampai ke dalam enjin. Cari botol dan terus penuhkan sekali lagi air kedalam enjin melalui radiator. Dah penuh...aku cuba menghidupkan enjin. Aku biarkan dalam 15 minit. Alhamdulillah ok. Tapi aku teringat kata2 chief pomen yg biasanya kalau suhu enjin tu menjadi lampau panas silinder head akan bengkok dan suhu panas tu akan tetap terjadi. Tapi cara nak pastikan nyer senang jer. Pesan chief pomen ku...bukak penutup tangki simpanan air kat tepi tu dan tengok kat muncung paip dalam air tu...ada gelembungan udara keluar tak. Kalau ada...PARAH dan BERDARAH. Alhamdulillah dengan pengamatan aka dan ayang tak de. Syukur. Aku gerakkan kembali anak gajah ke destinasi yang di arahkan walaupun hampir2 dibatalkan.
Lepas makan lebeh kurang dan dengan lafas bismillah aku memandu anak gajah pulang ke KL dengan perasaan berat hati. Alhamdulillah jam 9.00 malam sampai di Kajang tampa sebarang masaalah yang terjadi sebelum tu. Syukur...kalau tak kena keluar duit lagi....RIBU...RIBU....
PENANG lantoi.....!!!!!!!
Hari Pertama:-
Hari Pertama:-