Wednesday, February 4, 2015

KULIM, KEDAH

31/1 hingga 2/2/2015 holiday trip sambil menghantar anak dara balik ke UniKL MSI, Kulim Kedah.

Untuk hari pertama check-in kat Parit Buntar cz ayang nak bershopping kat Pasar Kemboja. Tempat yang di tuju adalah Kampung Permatang Tok Mahat tapi malangnya kami sampai dah tengah hari dan peniaga dah sibuk mengemas. Rupa2 nya hanya buka pagi Sabtu sahaja. Tapi ada satu lagi tempat yang mana peniaga yang sama berniaga secara hari2....Isnin hingga Jumaat. Tempatnya di sebuah gudang yang ditukar menjadi Pasar Borong Barangan Kemboja. Masya allah...borong tudung dan baju muslimah. Malamnya tak banyak aktiviti cz takde ape pun yang menarik kat Parit Buntar.

Untuk hari kedua terus ke Kulim n check-in kat Hotel Seri Malaysia. Aktiviti utama budak2 terjun kolam... Malam bawak anak2 ronda area Kulim, AEON Alma Bukit Mertajam dan ke Uptown Bandar Perda, Seberang Perai. Jalan sakan nokkkk.... sambil meneman anak dara mencari Ipad Mini 3. Jam 12.30 malam baru balik hotel...urghhhhh... Selamat malam.

Hari ketiga hantar anak dara balik kampus dan kami terus chowwww balik KL.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Gambar hanya di Pasar Borong Barangan Kemboja. Daaaaa....