Sunday, April 4, 2010

KADAR SEWA BAGI SEMUA KEMUDAHAN SUKAN DEWAN SERBAGUNA & PUSAT KOMUNITI

KADAR SEWA BAGI SEMUA KEMUDAHAN SUKAN
DEWAN SERBAGUNA & PUSAT KOMUNITI


KADAR SEWA KEMUDAHAN SUKAN
BAGI PROGRAM DAN AKTIVITI SUKAN
Bil.
Kemudahan Gelanggang
Masa
Kadar Sewa (RM)
1.
Badminton
8.00 pagi - 2.00 pagi
8.00 sejam
2.
Bola Jaring
Siang / Malam
5.00 sejam

3.
Bola Tampar
8.00 pagi - 7.00 malam
10.00 sejam
8.00 malam -11.00 malam
20.00 sejam
4.
Futsal
8.00 pagi - 7.00 malam
Hard Court - 20.00 sejam

Artificial Grass - 40.00 sejam

7.00 malam - 12.00 tghmalam
Hard Court - 30.00 sejam

Artificial Grass - 50.00 sejam

5.
Gimanasium
Siang/Malam
2.00/5.00 (Sekali Penggunaan)
6.
Kolam Renang
9.30 pagi - 12.00 tghhari
2.00 petang - 4.30 petang
6.00 petang - 9.00 malam
Hari Biasa (Isnin - Jumaat)
2.00 dewasa
1.00 kanak-kanak

Hari Minggu/Cuti Umum
3.00 dewasa
1.00 kanak-kanak

7.
Padang Bola Sepak
Siang / Malam
50.00 sejam
8.
Padang Bola (latihan) Stadium Bola Sepak
500.00
9.
Ping Pong
Siang / Malam
2.00 sejam
10.
Ruang Legar
Siang / Malam
20.00 sejam
11.
Sepak Takraw
Siang / Malam
40.00 sejam

12.
Squash
Siang / Malam
6.00 sejam
8.00 sejam (cermin)
13.
Street Soccer
Siang / Malam
1,500.00

14.
Tenis
8.00 pagi - 7.00 malam
10.00 sejam
8.00 malam - 12.00 tghmalam
20.00 sejam
15.
Trek Basikal (Velodrom)
minima 5 jam pertama
300.00
tambahan masa 1 jam
30.00
16.
Turf Hoki
7.00 pagi - 4.00 petang
40.00
4.00 petang - 7.00 malam
50.00
7.00 malam - 10.00 malam
90.00

Rentetan Pemergian Allahyarham Abg Din Beramboi

Din Beramboi masuk ICU

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/31

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi (gambar), 43, kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Bahagian Kecemasan Hospital Selayang (HS), di sini, selepas mengadu mengalami demam kuat dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus, kelmarin.

Malah, pihak hospital menjelaskan pelakon ‘Wakenabeb’ di ntv7 itu memerlukan darah jenis O dengan segera dan merayu sumbangan darah daripada orang ramai dalam tempoh masa 24 jam.

Sebelum terlantar di HS, Din Beramboi yang juga deejay di Radio Era dipercayai mengalami demam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang, dekat sini.

Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi, beliau yang turut menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak kemudian dirujuk ke HS untuk pemeriksaan susulan kira-kira jam 3.30 petang.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, memberitahu ini kali pertama Din Beramboi mengalami masalah kesihatan agak serius sedangkan sebelum ini, dia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam urusan kerja malah sanggup datang bertugas di konti meskipun demam.

“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada saya mengatakan tidak boleh tidur dan demam menerusi SMS.

“Keadaannya semakin serius semalam (kelmarin) sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nazri berkata, Din Beramboi kini dipantau doktor yang menjaganya malah turut ‘ditidurkan’ bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.

Difahamkan sebelum kejadian, Din Beramboi menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo di ibu negara.

Bagaimanapun, sejurus selepas selesai penggambaran, pelawak itu mengadu mengalami lemah badan dan kurang sihat kepada isterinya, Suhaini Che Man, berusia lewat 30-an.

Sementara itu, jurucakap HS ketika dihubungi menyatakan, keadaan pelakon itu kini agak kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Din beramboi kritikal

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
am@hmetro.com.my
2010/04/01

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS), Isnin lalu disahkan dijangkiti demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan tenat dan kritikal.

Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome.

“Dia mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya yang dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009), Ahad ini beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti selama 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.

“Dia berkata mahu berehat secukupnya dan meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka berjalan ke Genting Highlands.

“Anak kami amat merindui bapa mereka terutama anak bongsu kerana Din mempunyai rutin menciumnya setiap kali sebelum masuk tidur,” katanya yang ditemui di Hospital Selayang, di sini, semalam.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, pula berkata semua ahli keluarga pelawak itu melakukan solat hajat serta bacaan Yasin malam tadi memohon semoga Din kembali pulih.

Nazri turut meminta peminat Din Beramboi bersama-sama mendoakan keselamatan pelawak itu. Tinjauan petang semalam mendapati ramai kenalan dan rakan karib pelawak itu mahu melawatnya tetapi hanya ahli keluarga terdekat saja yang dibenarkan masuk.

Pihak hospital turut membuat kawalan ketat kerana tidak mahu pelawak dan penyampai radio Stesen Radio Era itu diganggu kerana dia masih dalam pemantauan rapi doktor.

Akhbar semalam melaporkan, Din Beramboi sebelum ini mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.

Din Beramboi dikatakan mula demam sejak Rabu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin, Ahad lalu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Konti sunyi tanpa Din Beramboi

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/04/02

APABILA sudah selalu bersama, pasti terasa sunyi apabila tiba-tiba orang itu tiada di sisi.

Terbantut segala usikan dan gurauan yang selalu membuatkan konti riuh rendah dan pendengar pula tak kering gusi. Begitulah yang dirasai Aznil Nawawi, 48, apabila rakan sembangnya dalam Riuh Pagi Era, Din Beramboi, 43, atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, terlantar di wad rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang sejak Isnin lalu. Din Beramboi yang mengalami demam teruk dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus. Difahamkan sebelum kejadian, dia menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran dalam zoo di ibu negara. Aznil dan Din Beramboi ditugaskan mengenalikan Riuh Pagi Era sejak lebih setahun lalu. Mereka ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi dan cukup terkenal dalam slot Drama Sebabak. Aznil ketika dihubungi oleh Rap berkata, kali terakhir dia bertugas bersama Din Beramboi adalah pada Rabu minggu lepas. "Kemudian pada Khamis dia mula demam dan tidak dapat datang ke konti. Hari Jumaat, dia cuti lagi kerana demamnya belum juga kebah-kebah. "Sabtu dan Ahad memang kami tidak bersiaran dan demamnya semakin teruk. "Isnin barulah dia pergi mendapatkan rawatan di hospital, tetapi doktor beritahu dia sudah terlewat untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya agak parah. Lalu doktor terus tahannya di hospital.

"Din jenis yang liat hendak makan ubat dan malas ke klinik. Sepatutnya Khamis dia sudah pergi ke klinik atau hospital, tetapi mungkin dia ingat demam biasa saja. "Pagi Selasa saya pergi melawatnya di hospital, tetapi hari ini (Rabu) saya belum sempat menjenguknya kerana ada rakaman Jangan Lupa Lirik. Namun saya terus bertanyakan khabarnya daripada kawan-kawan yang pergi ke wad.

"Kata mereka keadaannya semakin stabil dan boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan. Sebelum ini dia terpaksa menggunakan alat bantuan itu. Namun, dia masih lagi koma. "Darah yang ditukar masuk dalam badannya pun sudah boleh diterima dengan baik. Saya amat berharap Din segera sembuh. Selama ini pun saya selalu menasihatkannya supaya sentiasa menjaga kesihatan dan berhenti merokok.

"Kami saling kenal sudah lebih 15 tahun dan sangat serasi apabila bersama mengendalikan Riuh Pagi Era. Bukan senang hendak cari orang boleh bekerja dengan kita. Tanpa dia terasa sunyi di konti. Kami berdua suka bertekak, menyakat dan bergaduh. Apabila seorang dah terlantar sakit macam ini, memang terasa sangat, bosan kerja seorang. "Sebenarnya minggu depan kami berdua sudah sepakat untuk bercuti seminggu. Rupanya Din bercuti 'lebih awal.' Dalam keadaan begini elok pun saya teruskan rancangan untuk bercuti, dapat juga tenangkan fikiran. Kerja seorang di konti pun tak tahu hendak buat apa. "Harap Din segera sembuh dan habis cuti nanti boleh bekerja bersama semula. Kepada peminat, doakan dia cepat baik. Malam ini (Rabu) selepas solat Isyak petugas Era mengadakan solat hajat," katanya.

Riuh Pagi Era menghiburkan dengan telatah Din Beramboi dalam segmen Drama Sebabak dan terbaru Sawan Cara. Dia pernah membawa pelbagai karakter seperti tok mudim, perunding perkahwinan dan guru bahasa Inggeris. Dia juri program realiti Raja Lawak 4 (RL4) bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman yang baru berakhir sebelum Akademi Fantasia 8 (AF8) bermula.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Din Beramboi meninggal

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Izwan Mohamad Dan
am@hmetro.com.my
2010/04/02

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.

Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.

Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.

Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.

Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.

Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.

Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular, Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke ICU kerana menghidap denggi berdarah.

“Dia mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.

Sementara itu, isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, dilaporkan berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai ABPBH 2009.

Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.

“Dia berkata mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke Genting Highlands,” katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aznil sebak hilang kawan karib

2010/04/03

KUALA LUMPUR: “Tanpa Din, slot pagi (Riuh Pagi Era) tidak akan seriuh dulu lagi,” kata penyampai radio dan pengacara terkenal, Aznil Nawawi mengenai kehilangan rakan karibnya, Din Beramboi yang meninggal dunia malam kelmarin, akibat demam denggi berdarah.

Aznil, 48, berkata suasana kelakar dan menghiburkan sepanjang mengendalikan Riuh Pagi Era sebenarnya dihidupkan Din Beramboi yang bijak serta kreatif membuat pelbagai jenaka kepada pendengar stesen radio Era.

“Riuh Pagi Era diminati bukan kerana saya tetapi sebab Din. Saya amat sebak dan sunyi dengan kehilangan ini,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini, semalam.

Jenazah Din Beramboi atau nama sebenar, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi dengan dihadiri ribuan rakan, peminat serta ahli keluarga pelawak itu.

Din Beramboi meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah.

Jenazah dibawa ke rumah ibu mentuanya di Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum ke Masjid Al-Fa'izin, Taman Desa Jaya untuk disolat dan dikebumikan selepas itu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man, 42, dan tiga anak iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Ahmad Shafiq, 16, dan Nil Ain Syuhada, enam tahun.

Aznil berkata, sepanjang mengendalikan slot pagi itu sejak setahun lalu, Din Beramboi biasanya datang lebih awal dan sentiasa menyakat walaupun ada ketikanya dia tidak mahu bergurau.

“Dia akan kata baju atau rambut saya tidak cantik dan macam-macam lagi untuk membuatkan orang tersenyum. Kadang-kadang bila ada masalah, saya tidak mahu melayan gurauannya dan berkata kenapa dia sentiasa gembira.

“Arwah hanya menjawab masalah tidak akan selesai kalau kita sedih atau menangis. Saya akan pegang kata-kata itu sampai bila-bila,” katanya sebak.


Saturday, April 3, 2010

Din Beramboi

Ahmad Fuad/Din Beramboi.
(22 disember 1966 - 2 april 2010)
Hari Lahir:

22hb Disember 1966
Lokasi:

Kuala Lumpur, Malaysia, 55100

Jumaat, 2010 April 02

Gambar Pengkebumian Arwah Din Beramboi



FF berkesempatan pergi ke Hospt Selayang tapi tkleh masuk. Kebtulan jumpa pak nil..Tenguklah muka Aznil yang sedih tu..tadi tenguk dalam tv..Aznil mengalirkan air kesedihan..memanglah Aznil terasa sebab 5 hari dalam seminggu beliau berdua di dalam konti..dah tentulah beliau terasa kehilangan arwah. Semasa di Hospital Selayang. Pak Nil memaklumkan keadaan abg Din.

Di tanah perkuburan Taman Ehsan
Alhamdulliah ramai sungguh yang menghadiri pengkebumian arwah
Semuga roh beliau di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...Al fatihah

REDA...Suhaini (tiga dari kanan) bersama empat anaknya  menabur    bunga di atas pusara Allahyarham Din Beramboi, semalam.
REDA...Suhaini (tiga dari kanan) bersama empat anaknya menabur bunga di atas pusara Allahyarham Din Beramboi, semalam.


Saturday, March 20, 2010

DISNEY ON ICE 2010

Event nie aku dan ayang dah plan 3 month before untuk kegembiraan anak-anakku dan yang teristimewanya adalah untuk meraikan hari lahir ayang yang ke......tuttttt. Cuma frust sikit cause tak ada sebarang maskot kat luar untuk bergambor. Apa yang ada, cuma beberapa keping gambar untuk tatapan. Zazzzzzzzzz.............



Monday, March 8, 2010

ITCHIE

AHLI BARU

Ini ahli baru dalam keluarga aku. Anak-anak aku namakan nya ITCHIE. Arie nie aku hantar ITCHIE berjumpa Doktor peribadinya untuk berkenalan dan mendapatan vaksinity yang pertama. Jenis tempatan dan betina pulak tu. Sempat jugalah bersihkan apa yang patuttttt. Anak-anak sayang kat haiwan nie. So, aku ambik dan bela untuk mengajar anak-anakku erti kasih sayang. Aku harap dapat menerapkan nilai-nilai murni tu dan dapat menjaga aku dan emak mereka bila kami dah tua kelak. Insyaallah.









Wednesday, January 6, 2010

2010

Agak lambat aku melambai pergi tahun 2009 dan melambai datang tahun 2010. Masa semakin pendek kurasakan. Tup...tap...tup...tap angah dah melangkah ke tahun 1. Agak sibuk dan bingun menguruskan yang sorang nie. Walaubagaimanapun aku selitkan beberapa kenangan sepanjang 2009 yang mungkin tercicir selepas percutian kami sekeluarga ke Langkawi pada Jun 2009.

Sukan Sekolah Sri Perkasa 16/8/2009.






Kuching, Sarawak 24-26/11/2009