KADAR SEWA BAGI SEMUA KEMUDAHAN SUKAN DEWAN SERBAGUNA & PUSAT KOMUNITI | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KADAR SEWA KEMUDAHAN SUKAN BAGI PROGRAM DAN AKTIVITI SUKAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sunday, April 4, 2010
KADAR SEWA BAGI SEMUA KEMUDAHAN SUKAN DEWAN SERBAGUNA & PUSAT KOMUNITI
Rentetan Pemergian Allahyarham Abg Din Beramboi
Din Beramboi masuk ICU
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/31
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi (gambar), 43, kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Bahagian Kecemasan Hospital Selayang (HS), di sini, selepas mengadu mengalami demam kuat dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus, kelmarin.
Malah, pihak hospital menjelaskan pelakon ‘Wakenabeb’ di ntv7 itu memerlukan darah jenis O dengan segera dan merayu sumbangan darah daripada orang ramai dalam tempoh masa 24 jam.Sebelum terlantar di HS, Din Beramboi yang juga deejay di Radio Era dipercayai mengalami demam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang, dekat sini.
Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi, beliau yang turut menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak kemudian dirujuk ke HS untuk pemeriksaan susulan kira-kira jam 3.30 petang.
Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, memberitahu ini kali pertama Din Beramboi mengalami masalah kesihatan agak serius sedangkan sebelum ini, dia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam urusan kerja malah sanggup datang bertugas di konti meskipun demam.
“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada saya mengatakan tidak boleh tidur dan demam menerusi SMS.
Nazri berkata, Din Beramboi kini dipantau doktor yang menjaganya malah turut ‘ditidurkan’ bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.
Difahamkan sebelum kejadian, Din Beramboi menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo di ibu negara.
Bagaimanapun, sejurus selepas selesai penggambaran, pelawak itu mengadu mengalami lemah badan dan kurang sihat kepada isterinya, Suhaini Che Man, berusia lewat 30-an.
Sementara itu, jurucakap HS ketika dihubungi menyatakan, keadaan pelakon itu kini agak kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
am@hmetro.com.my
2010/04/01
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS), Isnin lalu disahkan dijangkiti demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan tenat dan kritikal.
Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome.“Dia mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya yang dihubungi malam tadi.
Sementara itu, Isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009), Ahad ini beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti selama 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.
“Dia berkata mahu berehat secukupnya dan meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka berjalan ke Genting Highlands.
Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, pula berkata semua ahli keluarga pelawak itu melakukan solat hajat serta bacaan Yasin malam tadi memohon semoga Din kembali pulih.
Nazri turut meminta peminat Din Beramboi bersama-sama mendoakan keselamatan pelawak itu. Tinjauan petang semalam mendapati ramai kenalan dan rakan karib pelawak itu mahu melawatnya tetapi hanya ahli keluarga terdekat saja yang dibenarkan masuk.
Pihak hospital turut membuat kawalan ketat kerana tidak mahu pelawak dan penyampai radio Stesen Radio Era itu diganggu kerana dia masih dalam pemantauan rapi doktor.
Akhbar semalam melaporkan, Din Beramboi sebelum ini mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.
Din Beramboi meninggal
am@hmetro.com.my
2010/04/02
KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.
Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.
Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.
Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.
Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.
Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.
Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular, Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke ICU kerana menghidap denggi berdarah.
“Dia mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.
Sementara itu, isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, dilaporkan berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai ABPBH 2009.
Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.
“Dia berkata mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke Genting Highlands,” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aznil sebak hilang kawan karib
KUALA LUMPUR: “Tanpa Din, slot pagi (Riuh Pagi Era) tidak akan seriuh dulu lagi,” kata penyampai radio dan pengacara terkenal, Aznil Nawawi mengenai kehilangan rakan karibnya, Din Beramboi yang meninggal dunia malam kelmarin, akibat demam denggi berdarah.
Aznil, 48, berkata suasana kelakar dan menghiburkan sepanjang mengendalikan Riuh Pagi Era sebenarnya dihidupkan Din Beramboi yang bijak serta kreatif membuat pelbagai jenaka kepada pendengar stesen radio Era.“Riuh Pagi Era diminati bukan kerana saya tetapi sebab Din. Saya amat sebak dan sunyi dengan kehilangan ini,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini, semalam.
Jenazah Din Beramboi atau nama sebenar, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi dengan dihadiri ribuan rakan, peminat serta ahli keluarga pelawak itu.
Din Beramboi meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah.
Jenazah dibawa ke rumah ibu mentuanya di Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum ke Masjid Al-Fa'izin, Taman Desa Jaya untuk disolat dan dikebumikan selepas itu.
Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man, 42, dan tiga anak iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Ahmad Shafiq, 16, dan Nil Ain Syuhada, enam tahun.
Aznil berkata, sepanjang mengendalikan slot pagi itu sejak setahun lalu, Din Beramboi biasanya datang lebih awal dan sentiasa menyakat walaupun ada ketikanya dia tidak mahu bergurau.
“Dia akan kata baju atau rambut saya tidak cantik dan macam-macam lagi untuk membuatkan orang tersenyum. Kadang-kadang bila ada masalah, saya tidak mahu melayan gurauannya dan berkata kenapa dia sentiasa gembira.
“Arwah hanya menjawab masalah tidak akan selesai kalau kita sedih atau menangis. Saya akan pegang kata-kata itu sampai bila-bila,” katanya sebak.
Saturday, April 3, 2010
Din Beramboi
(22 disember 1966 - 2 april 2010)
- Hari Lahir:
- 22hb Disember 1966
Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
Jumaat, 2010 April 02
Gambar Pengkebumian Arwah Din Beramboi
REDA...Suhaini (tiga dari kanan) bersama empat anaknya menabur bunga di atas pusara Allahyarham Din Beramboi, semalam.