Bawa ayang dan anak2 berjalan kenegeri orang. Kembara 3 hari bersama AirAsia dari 17/9/2014 hingga 19/9/2014. Malas nak cerita...tgk gambar yo lar...
Saturday, November 22, 2014
WARIS TERAWAL KELUARGA TOK AKIM DAN UWO MINA
Nie adalah diantara waris2 terawal keluarga dari kuok... Akan aku susul susur galur keturunan ku ini...
Thursday, November 20, 2014
BABAH
Akhirnya sempurna untuk mu. Niatmu yang menggunung untuk menziarahi penciptamu tidak kesampaian. Walau bagaimanapun kami anak2, menantu dan cucu2 mu tetap meneruskan niat dan hasratmu itu disaat saat akhir pendaftarannya. Walau pun jasad mu tidak kesampaian untuk melihat sendiri keindahan bumi makkah, tapi kami harap roh mu telah pun berwukuf disana. Satu berita gumbira yang disampaikan oleh pihak yang mengerjakan haji untuk babah ialah haji yang dikerjakan pada tahun ini (2014) di ishtiharkan sebagai "Haji Akbar". Ini disebabkan hari berwukuf jatuhnya pada hari Jumaat. Haji Akbar mempunyai fadhilat yang besar. Alhamdulillah syukur pada mu ya allah. Nak diterangkan detail tak berapa pandai. Cuba tanya en google ekkk. Semoga damailah roh mu disana...alfatihah.
Tuesday, November 18, 2014
DANI JATUH BASIKAL
Hari ini...sesampai nye aku dirumah dalam jam 7.30 aku diberitakan oleh Daniel & Danish yang Dani jatuh basikal. Pada hematku, ah biasalah...jatuh basikal. Rasakan. Tapi kata abang2 nya... Dani kena hantar ke klinik... Ha...ternganga mulut aku. Belum pun sempat rehat. Mama dia call nenek tanya perkhabaran Dani. Nenek kata teruk juga.. Muka habis tersagat dan dahi die benjol balik dan gigi patah satu... Adus teruk juga la tu.. apa lagi macam pemandu F1 aku ke klinik.. Dari klinik lari lak ke KPMC cz mama die kata mata die tak nampak... Sampai KPMC terus ke Emergency.. Dahi kena tuam dulu. So far lepas surut bengkak dahi die dan bawak berborak die dah mula nampak sesikit. Kata staff nurse mungkin effect dari sakit kepala cz bengkak tadi.
Doktor suggest buat imbasan tuk pastikan tak ada komplikasi lain... alhamdulillah semua ok. Tu baru anak jantan...
Monday, November 3, 2014
AIDILADHA 2014
Aku bawa ayang dan anak2 beraya ditempat orang. Pulak tu bawa mama, yaya dan ezuan sekali. Lantak orang nak kata apa. Haluan nya Melaka. Nak berehat kata mereka. Kali nie aku pilih Hotel Pantai Puteri...2 bilik...3 hari 2 malam.
MAJLIS RESEPSI NAZIM 12/10/2014
Menghadiri majlis resepsi Nazim anak lelaki arwah Mak Lang. Bertempat di Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam. Dapatlah berkumpul bersama sepupu sepapat dan saudara mara. Alhamdulillah selamat di ijabkabulkan. SELAMAT PENGANTIN BARU.