Thursday, November 20, 2014

BABAH

Akhirnya sempurna untuk mu. Niatmu yang menggunung untuk menziarahi penciptamu tidak kesampaian. Walau bagaimanapun kami anak2, menantu dan cucu2 mu tetap meneruskan niat dan hasratmu itu disaat saat akhir pendaftarannya. Walau pun jasad mu tidak kesampaian untuk melihat sendiri keindahan bumi makkah, tapi kami harap roh mu telah pun berwukuf disana. Satu berita gumbira yang disampaikan oleh pihak yang mengerjakan haji untuk babah ialah haji yang dikerjakan pada tahun ini (2014) di ishtiharkan sebagai "Haji Akbar". Ini disebabkan hari berwukuf jatuhnya pada hari Jumaat. Haji Akbar mempunyai fadhilat yang besar. Alhamdulillah syukur pada mu ya allah. Nak diterangkan detail tak berapa pandai. Cuba tanya en google ekkk. Semoga damailah roh mu disana...alfatihah.

No comments:

Post a Comment