Hari ini hari ulangtahun kelahiran arwah Abah. Kali ini jatuh pada tarikh yang amat unik 20.12.2012. Bolehkah tarikh ini berulang. Kami anak-anak dan cucu-cucu mu mendoakan agar dirimu senantiasa dicucuri rahmat dan mendapat ketenangan disana. Semoga roh mu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan para shuhada... Selamat ulangtahun kelahiran Abahku..(IBRAHIM BIN BOJO 20.12.1956 hingga 29.01.2009). Alfathihah....
Thursday, December 20, 2012
Sunday, December 16, 2012
MEMBERSIHKAN RUMAH TMN KERUING
Hari nie aku ke Hulu Selangor, melawat dan membersihkan rumah aku di Taman Keruing, Rasa... Mak..aiiii lalang dah paras dada. Cam mana nak menebas. Tinggi uuuuuu... Telefon adek dan nasib aku baik hari nie cz adek dapat meminjamkan sebuah mesin rumput hakmilik JPAM Hulu Selangor untuk aku membersihkan hutan di halaman rumah. Alhamdullillah kerja aku dipermudahkan hari ini... Terima kasih adek dan mak aku kerna datang membantu..
KARNIVAL SUKAN MAYBANK FT
15hb Dec 2012, bertempat di Maybank Learning Centre, Bangi staff Maybank menganjurkan Karnival Sukan peringkat FT bermula jam 8.00 pagi. Aku agak lewat hadir dek kerana mendaftarkan Dani ke Tadika bagi sesi 2013. Sampai jam 12.00 tgh hari, semua acara sukan berhenti rehat dan bersambung pada jam 2.30 ptg. Walau bagaimanapun ada satu acara yang menarik dijalankan sebagai selingan... "MASTER CHEF MAYBANK". Meriah dgn konsep "OPEN KITCHEN". Kawan-kawan Ayang dari Maybank CAC, FT menyertainya. Keputusan yang bagus tempat ke-4. Sambil layan Master Chef kami di hiburkan dengan celoteh Nabil Raja Lawak dan Shahrol dari kumpulan SHIRO Raja Lawak. Dalam pukul 3.00 ptg Zahid tiba menghiburkan Karnival. Alhamdullillah hujan tak turun walaupun cuaca agak mendung..
Saturday, December 15, 2012
DANI NAK SEKOLAH!!!
Seawal pagi 8.15pagi aku dah ke Strawberry Wonderland, Kajang Prima, Kajang iaitu tadika untuk Dani mulai 2013. Lewat sikit mula sekolah iaitu pada umur 5 tahun. Berbanding abang Daniel dan Danish, memula kan sekolah seawal umur 4 tahun. Maklumlah anak bongsu... pelat sikit.... Akap pun tak auuuuuu... Tapi alhamdullillah, dari IQ test tadi ada beberapa perkara yang merunsingkan aku dah terjawab. Digit nombor dia dah tahu..cuma sa..puluh..ratus...jer belum tahu sebutannye. Warna pun dia tahun serba sedikit.. Cuma penguasaan abjad dan bahasa Eng jer masaalah sikit. Tapi aku yakin Dani mampu menguasainyer... In shaa allah...
Thursday, December 6, 2012
SHAQ2D BERKHATAN (BHG 2)
Dah masuk hari ketiga. So far alhamdullilah. Cuma abang Daniel punya TUT..... ada sedikit bernanah di kawasan jahitan. Tapi bila tengok dah kering.. Besok baru aku bagi diaorang mandi. Waktu tu nanti aku cuci kat kawasan sekeliling TUTnye. Kalau nanah tu serius aku akan rujuk balik abang Daniel kat klinik Fauziah. Harap-harap tak payah laaaaa... Malam tidur pun dah lasak, terutama Danish. Atuk, nenek dan mama dia geleng kepala risau tengok perangai dia. Ligat sangat. Siap tanya lagi "bila Achik boleh pakai seluar babah?". Aku kata "tunggu lah 3-4 hari lagi, kepala TUT tu lembut lagi. Geli kena kain.." Opppts maaf kalau ada yang tersentuh.. Alhamdullilah perkara yang membelenggu aku tuk sebulan dua nie dah selesai. Walaupun aku dah melalui proses ini, tapi berdebar juga lah..sampai tak tidur malam. Tapi syok jugak jaga budak-budak nie. Banyak sangat soalan kehadapan. Agak payah gak aku nak explain. Mencabar gak jadi ayah nie. Nak terang kan bab-bab lelaki nie kena perlahan-lahan bior depa paham. Nasib baik tiga-tiga lelaki, kalau anak perempuan...alamak....MAMA nyer....tolong BABAH. Sekian cerita SHAQ2D BERKHATAN. Terima Kasih pada semua yang mendoakan keselamatan anak-anak ku. Jumpa di lain terbitan. Daaaaaaa
Wednesday, December 5, 2012
SHAQ2D BERKHATAN
Selesa, 4hb Dec 2012, tarikh keramat dimana anak ku Daniel dan Danish akan transform ke alam dewasa. Semua kaum adam akan melalui transformasi ini. Seawal jam 8.30 pg kami dah tercongok di depan Klinik Fauziah dan Rakan-Rakan seperti temujanji yang dah kami buat. Dengan penuh debaran dan hati yang kecelaruan (maklumlah semalaman ku tak lena) kami melangkah masuk dan mendaftarkan Shaq2d. Ingatkan awal, rupa-rupanyer dah ada 3 orang kanak-kanak yang sampai lebih awal. Daniel no. 5 dan Danish no.6. No. 4 tak de pesakit. Masa menunggu, masing-masing punyer happy dan tanya macam-macam pasal khatan. Masuk orang ketiga dua-dua dah terdiam. Perasaan takut dan berdebar jelas terpancar kat wajah kedua-dua anak ku nie.. Keluar jer budak tu, abang Daniel lagi cemas. Nurse keluar dan tanya "siapa nak buat dulu..abang atau adik?". Yang abang tolak adik...yang adik tolak abang. To be fair aku tarik abang dulu masuk.. Masa proses khatan nie tak banyak masaalah timbul (alhamdullilah). Abang agak cemas dan tertekan sikit masa doktor suntik ubat penahan sakit dan hampir-hampir menangis. Tapi nasib baik doktor Zahed nie pandai tackle budak-budak, disuruhnyer gigit kain pelikat yg digulung kuat-kuat. Jadi tak kedengaran lar budak-budak nie menjerit. Good work Doc. Proses untuk abang Daniel ambil masa 1/2 jam. Rumit sikit untuk budak berbadan gempal. Pastu giliran Acik. Masuk jer muka die senyum, tak de tense langsung. Masa doktor suntik ubat penahan sakit pun dia rilexs jer. Doktor kata "Keras hati budak nie". Proses khatan Acik ambil masa 20 minit jer. Akhirnya jam 11.00 pg semuanye selesai. Naik kereta terus balik Kajang. Atuk dan nenek dah menunggu dirumah dengan penuh keresahan. ALHAMDULLILAH SELESAI...
Ini lah wajah-wajah sewaktu menunggu ketibaan angka giliran masing-masing. Takut, berdebar dan macam-macam perasaan lagi yang datang, kata mereka.
Gambar sewaktu didalam bilik rawatan. Menungggu seketika selepas di cucuk ubat penahan sakit. Maaf gambar proses berkhatan tidak dapat di siarkan diatas nasihat "LEMBAGA PENAPISAN FILEM".
Selesai berkhatan. Menaiki kenderaan dan terus pulang ke Kajang. Atuk dan nenek dah menunggu disana dengan penuh debaran.
Sampai dirumah. Acik relexs jer. "Baru jantan", kata die. Abang menahan sakit seket. Almaklum lah orang berbadan gempal nie tut...... die tenggelam sikit. Jadi rasa ngilu dek tali jahitan. Sabor...bang.
Ini didalam kamar pertiduran. Gambar ini biasa dapat dilihat sekali seumor hidup.. Wakakakaka. Baik punyer ikatan. Nasib baik kain pelekat tu aku yang punya, so besar la sikit. Dapat lar cover semua bahagian. Kalau tak kena potong lagi dek "LEMBAGA PENAPISAN FILEM".
Bersambung di hari kedua.........
Sunday, November 25, 2012
MAJLIS PERKAHWINAN ILIYANI SHAHIDA
Bertarikh 24/11/2012, aku menyertai Ayang dan rakan-rakannye dari
Maybank, CACFT kemajlis perkahwinan Iliyani Shahidah bertempat di
Kampung Seri Keledang, SKC Bernam, Slim River. 10 buah kenderaan
menyusuri jalan kecil yg sungguh mencabar disamping banjir yg melanda
sepanjang perjalanan. Mujur air bah dah surut, kalau tak rombong kami
terpaksa melalui denai-denai kecil dalam ladang kelapa sawit tu...OMG.
Majlis perkahwinan yg meriah dgn kehadiran masyarakat kampung. Kehadiran
kami disambut dengan DJ perkahwinan menggelarkan kami "ORANG DUIT" dah
sampai.. Sebelum berangkat pulang kami sempat dihiburkan oleh artis
undangan Uncle Suhaimi aka CUMI dan Untie Edayu dgn lagu "OM BAK DU"
kata anak bungsu ku Dani. Tahniah Puan Yanie & En Asif.
Friday, November 23, 2012
Dani Demam
Dah kat 5 hari Dani Demam. Semalam check-up ngan doktor bengkak sedikit anak tekak die plus ulser. Sakit nyer hanya tuan badan yg tahu.. Cepat sembuh anak ku.
Wednesday, November 21, 2012
SUNWAY LAGOON
Sunway Lagoon 7/6/2012,
Lambat seket upload gambar2 nie. Bawak anak-anak beriadah. Lama budak-budak mintak ke Sunway...tapi tak berkesempatan. Hasilnyer pada 7/6/2012 seperti dibawah...Bye.
Lambat seket upload gambar2 nie. Bawak anak-anak beriadah. Lama budak-budak mintak ke Sunway...tapi tak berkesempatan. Hasilnyer pada 7/6/2012 seperti dibawah...Bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)