Wednesday, December 5, 2012

SHAQ2D BERKHATAN

Selesa, 4hb Dec 2012, tarikh keramat dimana anak ku Daniel dan Danish akan transform ke alam dewasa. Semua kaum adam akan melalui transformasi ini. Seawal jam 8.30 pg kami dah tercongok di depan Klinik Fauziah dan Rakan-Rakan seperti temujanji yang dah kami buat. Dengan penuh debaran dan hati  yang kecelaruan (maklumlah semalaman ku tak lena) kami melangkah masuk dan mendaftarkan Shaq2d. Ingatkan awal, rupa-rupanyer dah ada 3 orang kanak-kanak yang sampai lebih awal. Daniel no. 5 dan Danish no.6. No. 4 tak de pesakit. Masa menunggu, masing-masing punyer happy dan tanya macam-macam pasal khatan. Masuk orang ketiga dua-dua dah terdiam. Perasaan takut dan berdebar jelas terpancar kat wajah kedua-dua anak ku nie.. Keluar jer budak tu, abang Daniel lagi cemas. Nurse keluar dan tanya "siapa nak buat dulu..abang atau adik?". Yang abang tolak adik...yang adik tolak abang. To be fair aku tarik abang dulu masuk.. Masa proses khatan nie tak banyak masaalah timbul (alhamdullilah). Abang agak cemas dan tertekan sikit masa doktor suntik ubat penahan sakit dan hampir-hampir menangis. Tapi nasib baik doktor Zahed nie pandai tackle budak-budak, disuruhnyer gigit kain pelikat yg digulung kuat-kuat. Jadi tak kedengaran lar budak-budak nie menjerit. Good work Doc. Proses untuk abang Daniel ambil masa 1/2 jam. Rumit sikit untuk budak berbadan gempal. Pastu giliran Acik. Masuk jer muka die senyum, tak de tense langsung. Masa doktor suntik ubat penahan sakit pun dia rilexs jer. Doktor kata "Keras hati budak nie". Proses khatan Acik ambil masa 20 minit jer. Akhirnya jam 11.00 pg semuanye selesai. Naik kereta terus balik Kajang. Atuk dan nenek dah menunggu dirumah dengan penuh keresahan. ALHAMDULLILAH SELESAI... 







Ini lah wajah-wajah sewaktu menunggu ketibaan angka giliran masing-masing. Takut, berdebar dan macam-macam perasaan lagi yang datang, kata mereka.

















Gambar sewaktu didalam bilik rawatan. Menungggu seketika selepas di cucuk ubat penahan sakit. Maaf gambar proses berkhatan tidak dapat di siarkan diatas nasihat "LEMBAGA PENAPISAN FILEM".












Selesai berkhatan. Menaiki kenderaan dan terus pulang ke Kajang. Atuk dan nenek dah menunggu disana dengan penuh debaran.

Sampai dirumah. Acik relexs jer. "Baru jantan", kata die. Abang menahan sakit      seket. Almaklum lah orang berbadan gempal nie tut...... die tenggelam sikit. Jadi rasa ngilu dek tali jahitan. Sabor...bang.


















Ini didalam kamar pertiduran. Gambar ini biasa dapat dilihat sekali seumor hidup.. Wakakakaka. Baik punyer ikatan. Nasib baik kain pelekat tu aku yang punya, so besar la sikit. Dapat lar cover semua bahagian. Kalau tak kena potong lagi dek "LEMBAGA PENAPISAN FILEM".

Bersambung di hari kedua.........

No comments:

Post a Comment