Saturday, December 15, 2012

DANI NAK SEKOLAH!!!

Seawal pagi 8.15pagi aku dah ke Strawberry Wonderland, Kajang Prima, Kajang iaitu tadika untuk Dani mulai 2013. Lewat sikit mula sekolah iaitu pada umur 5 tahun. Berbanding abang Daniel dan Danish, memula kan sekolah seawal umur 4 tahun. Maklumlah anak bongsu... pelat sikit.... Akap pun tak auuuuuu... Tapi alhamdullillah, dari IQ test tadi ada beberapa perkara yang merunsingkan aku dah terjawab. Digit nombor dia dah tahu..cuma sa..puluh..ratus...jer belum tahu sebutannye. Warna pun dia tahun serba sedikit.. Cuma penguasaan abjad dan bahasa Eng jer masaalah sikit. Tapi aku yakin Dani mampu menguasainyer... In shaa allah...




No comments:

Post a Comment